Soalan Lazim

Saya pernah kena tipu dengan penjual online sebelum ini, jadi apa beza Zarith Beauty dengan seller online yang lain?

Pertama, kami simpati kerana anda pernah ditipu. Kami juga marah dengan seller-seller online lain yang menipu sekaligus memalitkan nama buruk pada bisnes online secara amnya.

Zarith Beauty telah lama berniaga online menjual produk-produk kesihatan dan kecantikan sejak tahun 2012 lagi.

Sekiranya anda biasa beli produk online, sudah pasti anda pernah dengar jenama Zarith Beauty meniti bibir ramai wanita-wanita :))

Harga Zarith Beauty terlalu murah jika dibandingkan dengan seller lain. Jual produk tiruan ya?

Uish… kami telah berniaga sejak 2012. Mustahil kami boleh kekal selama itu jika kami menjual produk tiruan.

Kami menjual produk kesihatan dan kecantikan. Jika muka pelanggan rosak akibat dari penggunaan produk tiruan, tak ke haram rezeki kami.

Segalanya original habaq hang bak, kata orang kedah.

Boleh Rekemenkan Produk Yang Sesuai Untuk Saya?

Zarith Beauty hanyalah penjual produk-produk kesihatan dan kosmetik. Kami bukan pengeluar atau pembuat produk-produk tersebut. Jadi kami tak tahu keberkesanan sesuatu produk yang dijual dilaman web kami.

Terdapat pelbagai jenis produk didalam laman web Zarith Beauty. Jadi apa yang kami boleh bantu anda adalah dengan mencadangkan produk-produk yang banyak dapat respon dari pelanggan. Kadang-kadang kami juga rekemen produk-produk yang banyak pelanggan lain beli.

Selebihnya bergantung pada keserasian produk tersebut dengan diri anda. Kadang-produk produk A sesuai dengan customer Z tapi bila customer X pakai tak sesuai pula. Jadi begitu la situasinya. Jadi bila anda membeli produk di Zarith Beauty sebaiknya anda dah tahu sama ada produk tu sesuai atau tidak dengan anda.

Kami tak mahu menipu pelanggan kami dengan memberikan janji-janji kosong seperti produk sekian-sekian selepas 2-3 minggu boleh kurus dan sebagainya. Segala info dalam web Zarith Beauty adalah berdasarkan maklumat yang diberi oleh pihak pengeluar/pembekal produk.

Macam mana nak beli produk dengan Zarith Beauty?

Mudah je nak beli. SMS Kod Produk kepada nombor telefon yang tertera pada kupon dan tunggu maklumbalas dari pihak Zarith Beauty. Ikut arahan yang diberikan kepada anda. Ianya menggunkan konsep auto-reply. Jadi mudah untuk anda berusan dengan kami.

Secara ringkasnya

Anda SMS KOD Produk > Anda bayar > Zarith Beauty proses > Zarith Beauty Pos > Zarith Beauty sms tracking no > Anda terima barang.

Saya Beli Lebih 1 Barang, Berapa Kos Pos?

Berapa banyak produk anda beli, kos pos ada PERCUMA untuk seluruh Malaysia dan RM10 untuk Sabah & Sarawak.

Saya Dah Sms Order, Bila Pesanan Saya Akan Sampai?

Kebiasaannya pesanan anda akan diproses dalam masa 3-5 hari bekerja. Selepas pesanan anda dipos, pihak kami akan sms tracking number ke handphone anda.

Kebiasaanya untuk kawasan bandar disemenanjung Malaysia, pesanan anda akan tiba dalam masa 2-3 hari bekerja.

Untuk kawasan bandar Sabah dan Sarawak, kebiasaannya 3-5. Untuk kawasan pendalaman, kebiasaannya agak lambat.

Pihak kami memohon maaf sekiranya anda menerima produk yang dipesan agak lewat walaupun kami dah lama pos. Masalah ini kadang-kadang berpunca dari syarikat penghantaran dan perkara ini diluar kemampuan kami.

Sekiranya anda tidak menerima tracking kod selepas 2 hari berkerja, sila sms kami di 014. 927 1148 untuk bantuan. Kadang-kadang pihak kami terlepas pandang sms anda ataupun kami terlupa untuk sms tracking kod kepada anda.

Barang Harga RM43, Saya Bank In Rm50. Baki Zarith Beauty Pulangkan Tak?

Sila maklumkan dalam sms bila anda menghantar pesanan ke 014. 927 1148 berkenaan baki tersebut. Dan sila sms no akaun Maybank atau CIMB untuk kami pulangkan baki. Kami tidak akan pos baki wang bersama order anda atas sebab-sebab keselamatan.

Jika anda tidak maklumkan berkenaan baki, kami anggap anda halalkan baki tersebut untuk kegunaan kami.

Pesanan Saya Akan Dipos Guna Apa?

Setiap pesanan pelanggan, Zarith Beauty akan pos menggunakan PosLaju. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tapi setakat ini mereka yang terbaik.

Saya Ada Perbankan Internet Dengan Bank Lain, Boleh Ke Saya GIRO Ke Akaun Zarith Beauty?

Boleh, tiada masalah. Anda boleh buat pindahan wang menggunakan kemudahan GIRO. Klik pada menu GIRO, kemudian masukkan maklumat bank kami. Pilih saja sama anda mahu transfer ke maybank, atau cimb.

Pemindahan dari bank berlainan(GIRO) akan mengambil masa 1 hari bekerja. Sebagai contoh anda mempunyai akaun dengan bank islam. Anda transfer duit dari akaun bank islam ke akaun maybank kami, biasanya esok baru duit tersebut akan muncul di akaun bank kami.

Kami hanya akan pos pesanan anda apabila wang tersebut muncul diakaun kami. Kami minta anda bersabar sementara pembayaran tersebut “clear”.

Saya tak yakin la beli online. Nak datang kedai Zarith Beauty boleh?

Setakat ini kami tak mampu membuka kedai lagi. Jadi tiada pembelian terus kecuali anda beli online dengan kami dan kami pos ke anda.

Doakan kami dan support la bisnes kami. InsyaALLAH satu hari nanti kami akan berjaya buka kedai hasil doa dan sokongan anda semua :))

Leave a Reply

Your email address will not be published.