Penghantaran

Setiap pesanan yang dibuat akan dipos dalam masa 3-5 hari bekerja. Kami akan menghubungi anda sekiranya produk yang dipesan tiada stok.

Kami menggunakan PosLaju untuk pos pesanan anda. Selepas pesanan dipos, kami akan sms tracking no PosLaju kepada anda. Sekiranya selepas 2 hari bekerja anda tidak menerima tracking no dari Zarith Beauty, sila hubungi kami di 017-6366925. Takut-takut kami terlepas pandang pesanan anda. Kami mohon maaf jika perkara ini berlaku.

Sekiranya anda menggunakan alamat ofis, hostel atau kawasan yang mempunyai Pak Guard, sila semak dengan pihak berkenaan, takut-takut mereka menerima bungkusan dari PosLaju bagi pihak anda.

Kami menyusun 10 jari memohon maaf andaikata ada kekurangan dari pihak Zarith Beauty ketika menghantar pesanan anda. Dan kami sudahi dengan ucapan terima kasih kerana menyokong perniagaan kecil kami ini. Semoga ALLAH murahkan rezeki tuan/puan. insyaALLAH.

Beli Dengan Yakin Dari Kami!

poslaju901

bungkusan-adalah-rahsia2

Leave a Reply

Your email address will not be published.